PERKHIDMATAN INSURANS / JPJ / PUSPAKOM



     Untuk perlindungan komprehensif, ianya memberikan perlindungan yang menyeluruh seperti berikut:-


Ianya melindungi kenderaan sendiri daripada kerosakan akibat kemalangan atau kecurian. Apabila kita membuat tuntutan kerosakan ke atas kenderaan sendiri maka kita akan kehilangan NCD.


Ini bermaksud pihak ketiga akan membuat tututan ke atas pihak insuran/syarikat takaful kita sekiranya kemalangan tersebut disebabkan oleh kesalahan kita. Apabila pihak ke tiga membuat tuntutan ke atas polisi kita maka kita juga akan kehilangan NCD.


Perlindunga komprehensif juga melindungi harta benda pihak ketiga akibat kesalahan kita. Misalnya kereta kita terbabas dan melanggar rumah orang, maka pihak tuan rumah boleh menuntut kerugian daripada syarikat insuran/takaful kita.


Perlindungan pihak ketiga bermaksud polisi insuran/takaful kita hanya melindungi kenderaan/harta benda pihak ketiga sahaja. Ini bermakna tiada perlindungan ke atas kenderaan sendiri.  Sekiranya kenderaan kita rosak akibat kemalangan atau kenderaan kita dicuri, maka kita tidak boleh membuat tuntutan ke atas pihak insuran/takaful.


Jenis perlindungan yang ketiga pula ialah Perlindungan pihak ketiga dan kecurian. Ianya bermaksud hanya melindungi kenderaan/harta benda pihak ketiga dan juga melindungi kenderaan sendiri akibat kecurian.


Tekan Link untuk urusniaga:-